Saturday, February 8, 2014

AKSI LARIAN KENCANG DI PAGI HARI

saya pasti juara, YESS!!!
30.01.2014, SRABZA : Sejauh hampir 4 KM jarak laluan larian kali masih mampu di harungi oleh anak-anak SRABZA  dengan gembira dan tenang. Merentasi desa-desa bermula dengan kawasan persekolahan kampung GONG PASIR kemudian PERUMAHAN TAMAN RAKYAT sehingga ke kampung PAYA dan kembali ke sekolah. Secara keseluruhannya, masa yang di ambil untuk menghabiskan larian ini ialah 30 minit sahaja. Dengan laluan yang agak sukar melalui lorong-lorong kampung, namun pihak unit Amal Malaysia telah bersama-sama mengembelin tenaga untuk menjaga keselamatan anak-anak pelajar dari sebarang kemalangan yang tdiak diingini. Laluan larian turut di meriahkan dengan sokongan orang-orang kampung di sekitar sini yang turut berada di sisi jalan memberi semangat kepada anak-anak pelajar yang bersungguh-sungguh menghabiskan larian. Sebanyak 80 hadiah telah di pertaruhkan untuk dimiliki oleh anak-anak pelajar dan alhamdulillah telah disampaikan sepenuhnya pada sebelah tengahari program oleh Yang Amat Berhormat Cikgu Alias Harun (ADUN Rantau Abang a.k.a Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SRABZA)

SEKITAR PERTANDINGAN

Ust Usamah membincangkan laluan larian bersama ketua
Unit Amal Dungun
Taklimat terakhir sebelum keberangkatan untuk bertugas
dari pengarah program Ust Usamah
Petugas dari Klinik Kesihatan Kuala Dungun
Pelajar wanita dan lelaki dilepaskan berasingan
Waktu riadah bersama-sama seperti ini memang menjadi
kegemaran anak-anak SRABZA
Salah seorang peserta tertiarap diatas jalan raya ketika
memulakan larian.

Wednesday, January 15, 2014

MENANGIS KETIKA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2014

Cikgu Sarah mengetuai perarakan.
16 Januari 2014: Sedih rasanya apabila mengenangkan perjuangan yang dibawa oleh rasulullah s.a.w untuk membawa risalah islamiah kepada umat manusia keseluruh dunia sehingga kehari ini. Untungnya mereka yang lahir-lahir terus berada dibawah naungan islam, mak islam, ayah islam jiran tetangga islam, anda memang beruntung. Bagaimana dengan mereka yang lahir dengan agama yang lain dari islam? itulah persoalan yang bakal membawa diri ini kepada syukur ataupun tidak terhadap kurnian Allah ini. SRABZA seperti biasa setiap tahun menyambut hari keputraan Rasulullah ini dengan penuh keceriaan dan kegembiraan sebagai suatu proses tarbiah buat anak-anak pelajar untuk mencintai Rasulullah. aktiviti ceramah, kuiz, penyampaian hadiah dan makan-makan mengiringi perjalan program hari ini. Gimik berjalan kaki dan membawa sepanduk turut diadakan seawal pagi lagi bagi memupuk ukhuwah diantara rakyat SRABZA dengan masyarakat setempat. Turut kelihatan pada pagi ini ialah ibubapa dan penduduk setempat yang turut berdiri di bahu-bahu jalan memberi galakan kepada para pelajar yang tekun berselawat mengikut alunan pembesar suara Ustaz Mohd Rais. Pendakwah bebas Ustaz Safuan turut meluangkan masa pada pagi ini bersama-sama anak-anak SRABZA menyambut hari keputraan Rasulullah s.a.w. Berikut ialah foto-foto yang sempat dirakamkan oleh Sir Abdul Aziz.
Ustaz Usamah berkorban minyak kereta untuk membawa
speaker mudahalih bersama-sama berarak.

Ustazah Rohana bertindak sebagai ketua program,
memberi taklimat perjalan kepada pelajar

Ustaz Mohd Rais dan para pelajar berehat seketika di
surau taman rakyat.

Aktiviti indoor selapas penat berjalan merentasi taman
rakat.


2 BLOK BARU

1 Januari 2014, SRABZA: Dengan jumlah pelajar yang semakin meningkat sehingga mencecah 200 orang pelajar, telah memberikan suatu makna baru buat SRABZA iaitu, SRABZA telah mendapat perhatian dan tempat di hati masyarakat. Kepercayaan terhadap kejayaan sistem pendidikan dua arah ini telah dibuktikan lagi oleh produk-produk keluaran SRABZA yang mampu bersaing di dunia luar dari segi Diniyyah dan Akademik. Bilangan pendaftaran kali ini begitu mengejutkan walaupun beberapa tapisan telah dibuat namun jumlah yang ada ini perlu kepada ruang kelas yang baru dan lebih. Ahli Lembaga Pengurus SRABZA telah berbelanja besar untuk menyediakan 2 unit kelas baharu buat anak-anak pelajar di sini. Kesinambungan pendidikan seperti ini turut memberi erti baharu buat SRABZA yang mana selama ini agak kerisauan tentang penerimaan masyarakat terhadapat konsep pendidikan yang begitu berbeza berbanding sekolah-sekolah harian biasa. Namun sekarang ianya terbukti dan menunjukkan permintaan yang begitu tinggi terhadap institusi pendidikan ini. Tahniah SRABZA, kejayaan demi kejayaan merupakan rahmat dari Allah s.w.t

Saturday, January 4, 2014

Selamat tinggal 2013

Tuan Haji Zabidi menyampaikan hadiah kepada
pelajar cemerlang UPSR 2013 Aisyatul najah
Tuan Haji Zabidi menyampaikan hadiah
kepada pelajar cemerlang UPSR 2013 Amalia 
SRABZA 31.12.2013: Fuuuhh... setahun lagi dah berlalu, usia dah makin bertambah dan pengalaman juga dah makin bertambah. Dah nama sebagai manusia, hari-hari yang berlalu itu pasti menambahkan rasa, pengetahuan dan pengalaman hidup. SRABZA juga dah banyak berubah dari sudut fizikal dan juga strukturnya. Masa akan menentukan segalanya, kata-kata yang baik untuk direnung bersama. Detik-detik akhir menjelang tahun baru di SRABZA memperlihatkan beberapa perubahan berlaku seperti pertambahan kelas, pertukaran padang permainan, pertukaran sistem pengurusan kantin dan kedai sekolah. jawatan-jawatan baru juga telah diwujudkan dari awal untuk memaksimumkan tenaga kerja kakitangan sekolah bagi tahun hadapan. Guru-guru juga dah mula kembali ke sekolah untuk membuat persediaan menyambut kedatangan pelajar-pelajar kembali ke sekolah. Dah ada gotong royong, dah susun-susun buku, dah susun-susun meja, dah bersih-bersih segala yang berbahaya di sekolah, dah mesyuarat-mesyuarat, dah makan-makan he he he... Terima kasihlah banyak-banyak kepada guru-guru SRABZA yang begitu sayangkan sekolah ini dan cakna dengan persekitaran SRABZA. kepada semua yang di SRABZA, SELAMAT DATANG!!!
Hari pertama: makan-makan pelajar

Setiausaha ALP memberi ucapan tahniah kepada pelajar cemerlang UPSR 2013
Kerja-kerja pembersihan padang sekolah menggunakan jentera berat

Mesyuarat bersama ALP sebelum buka sekolah

lah

Tuesday, December 10, 2013

Pencapaian yang membanggakan

Amalia, As Syifa' dan Nur Asyatunnajah
masing-masing mendapat keputusan 5A

SRABZA, 14.11.2013 : Ada yang ketawa, ada yang tersenyum dan ada yang menangis... pelbagai ekspresi muka dapat di lihat pada wajah mereka-mereka yang hadir di majlis serba ringkas untuk penyerahan slip keputusan UPSR 2013. Begitulah lumrah hidup, segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t namun, usahanya ditentukan oleh kita. SRABZA pada hari ini telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan 3 orang pelajar yang mencapai keputusan 5A dan beberapa orang yang lain mendapat 4A dan 3A. Alhamdulillah, berkat usaha gigih guru-guru dan juga para pelajar, semuanya terbalas dengan peratus lulus keseluruhan subjek ialah melebihi 80%. Berita online SRABZA turut bersama-sama berkongsi saat manis ini bersama-sama 24 orang pelajar dan ibu bapa yang hadir bersama-sama. Pasangan kembar Asyaima' dan Asyifa' turut memberikan keputusan terbaik buat kedua ibu bapa mereka. Guru Besar puan Nurzadiha turut meluahkan rasa syukur yang amat sangat kepada Allah di atas kurniaan ini dan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SRABZA yang telah membuktikan bahawa, walaupun sekolah ini tidak lengkap seperti mana sekolah-sekolah harian biasa dari segi fasilitinya, namun apa yang guru laksanakan didalam kelas jelasnya menampakkan kesan yang luar biasa kepada anak-anak pelajar. 
Puan Guru Besar bersama-sama par pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang 5A, 4A dan 3A
Pasangan kembar ditemani ibubapanya ketika majlis
penyerahan slip peperiksaan.