Sunday, October 27, 2013

Ustaz Usamah tekad memberikan persembahan terbaik


 
Che Wan mengalas tangungjawab sebagai solo utama..
Suara Che Wan best oooOOoo....
Majlis ihtifal SRABZA yang bakal berlangsung pada minggu hadapan kini didalam kesibukan persiapannya. Unit persembahan yang diketuai oleh Ustaz Usamah kini giat berlatih untuk hari tersebut. Lebih menarik lagi pada tahun ini, apabila para pelajar lelaki tahun 6 dengan sukarela menawarkan diri untuk membuat persembahan ini. bila dah sukarela ni, hasilnya pun pasti luar biasa. Che wan dilihat sebagai ikon baru sekolah kerana begitu diminati suaranya yang merdu dan mendayu-dayu, feewiitt.... cayalah Che wan. Bukan hanya persembahan sahaja yang dititik beratkan tetapi keseluruhan proses perlaksaan juga sedang giat dilakukan. Bahagian hadiah pun kelihatan bersangatan juga banyak kerjanya. Segala rekod kehadiran, maklumat peperiksaan pelajar dan segala macam yang boleh di pertandingkan kini sedang dikumpulkan bagi memberikan penghargaan terbaik buat semua  yang layak. Jangan lupa ya kepada semua Ibu bapa anak-anak SRABZA untuk hadir kemajlis ihtifal 2013 ini dan jadilah sebagai sebahagian dari diri anak-anak pelajar yang sentiasa mahukan perhatian. 

Amir mencapai 12 A bagi kesemua subjek UPSRI 2013

Amir mengumpul 12A bagi kesemua subjek
Tahniah diucapkan kepada adik Amir yang telah mendapat keputusan terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam 2013 yang lalu. SRABZA turut merakamkan ucapan tahniah buat kesemua calon UPSRI yang lalu yang mana peratusan lulus kesemua subjek ialah hampir 100%.  Rasa syukur kehadrat illahi diatas kurniaan yang diberikan olehnya kepada sekolah dan juga para pelajarnya. Amir yang mendapat 12A ketika ditemui turut melebarkan senyuman gembira dengan pencapaian tersebut. "Saya mengucapakan syukur kehadrat Illahi diatas kurniaanNya pada saya, terima kasih juga buat guru-guru, ustaz dan ustazah yang telah membimbing saya untuk mencapai apa yang saya capai sekarang ini, tak lupa juga kepada ibu dan ayah saya yang bergitu bersungguh-sungguh menjaga saya didalam menuntut ilmu ini, terima kasih". Semalam, pihak sekolah turut membuat majlis penyerahan keputusan tersebut di surau utama sekolah. Hadir didalam majlis tersebut ialah, Ustazah Nurzadiha bt Ibrahim merangkap Guru Besar SRABZA yang turut mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSRI tersebut. Guru besar turut merakamkan pesanan buat para pelajar tentang langkah tahun hadapan yang mana para pelajar ini akan menghadapi satu lagi peperiksaan yang penting di peringkat kebangsaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pihak sekolah mengharapkan apa yang dianugerahkan ini akan ditambah lagi pada masa akan datang oleh Allah s.w.t


Saturday, October 26, 2013

Tuesday, October 22, 2013

Terima kasih banyak-banyak

Aidil adha baru-baru ini telah disambut dengan meriah oleh umat islam di Malaysia. Manusia semakin ramai, jadinya jumlah aktiviti Qurban pun meningkatlah juga. Surau atau masjid, masing-masing ada majlis Qurban ini, jadi banyaklah daging-daging yang sampai kerumah-rumah kejiranan kita ni yer.. Alhamdulillah, rezeki tu.. SRABZA juga mendapat daging-daging Qurban ni, jadi terima kasih banyak-banyak di ucapkan kepada yang menghantar daging-daging tersebut. Kesemua daging-daging tu akan dimasak secara berperingkat sebagai juadah tengahari para pelajar di SRABZA. Kepada yang tak sempat nak hantar tu.. jangan sedih, tahun depan inysaAllah kita pakat-pakat lagi beri hidangan untuk anak-anak pelajar sekolah agama ni.. berkat.. insyAllah


KSSR di tahun 4

Bulan Oktober ini telah membuatkan ramai guru di SRABZA keluar dari sekolah. Ini bukan cerita berhenti kerja.. tapi pergi berkursus ke sekolah-sekolah sekitar Dungun ni jer. Tahun depan KSSR sudah mencapai kepada tahun 4, banyak silibus baru yang diperkenalkan dan banyaklah juga yang perlu difahami oleh guru-guru subjek tersebut. SRABZA mengucapkan stinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dungun kerana prihatin dengan keperluan SRABZA yang memerlukan tenaga terlatih untuk membawa silibus-silibus baru ini. Maka ramailah guru-guru yang ditugaskan menghadirkan diri ke kursus-kursus ini dan agak sunyilah sedikit SRABZA kerana kekurangan ahlinya. Bukan senang untuk mengajar KSSR ini, tekniknya perlu dikuasai barulah dapat memberikan penilaian terbaik didalam kelas. Walaupun SRABZA merupakan sekolah swasta, tetapi kehadiran kami ke kursus-kursus anjuran PPD ini disambut mesra oleh mereka dan menerima layanan yang sama di sepanjang kursus. Tahniah kepada guru-guru SRABZA yang telah berjaya menamatkan kursus, semoga ilmu yang anda dapati itu memberikan anda kelebihan didalam P&P anda.
Sir Aziz ketika bengkel Sains di SK Batu 48

Lakaran Sir aziz berkenaan dengan makmal baru di SRABZA

Sunday, October 6, 2013

Bersantai di anjung SRABZA



Jarang-jarang berlaku buat SRABZA apabila peperiksaan perlu diadakan di anjung SRABZA macam ni. Bagi memberi ruang kepada peperiksaan UPSRi yang sedang berlansung, para pelajar tahun enam SRABZA dengan rela hati untuk bersantai sambil menjawab soalan peperiksaan akhir tahun di anjung SRABZA ini. Walaupun peperiksaan besar UPSR telah berlalu, tetapi para pelajar tahun enam SRABZA masih perlu menduduki peperiksaan akhir tahun. Memang tak pernah dibuat oleh mana-mana sekolah kebangsaan di Malaysia, tetapi SRABZA mengambil pendekatan mengadakan peperiksaan ini bagi mengisi kekosongan waktu dan juga bagi persediaan hari ihtifal 2013 yang sangat hampir buat masa ini. SRABZA memerlukan angka untuk menempatkan kedudukan para pelajar berikutan keputusan UPSR yang akan keluar selepas majlis ihtifal tersebut. Bila dah lambat camtu kena laa pikirkan sesuatu untuk memastikan program ihtifal berjalan dengan baik dan tersusun. Dah nama duduk kat luar nie pemandangannya pun luas juga, banyaklah dugaan budak-budak ni nak kena sabar..


Wednesday, October 2, 2013

UPSR, UPSRi dan UPKK



Dengan 12 subjek yang di ajarkan sepanjang tahun, akhirnya kita dah sampai ke penghujung. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah berlalu pada bulan lepas, sekarang dua lagi peperiksaan penting telah berlaku disini Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).  Peperiksaan UPSRi dan UPKK berlangsung pada waktu yang sama dari pagi sampai petang yang melibatkan 12 subjek. Fuuhh... dahsyat giler. Selalu jugak saya beritahu pada ibubapa apa yang saya rasa tentang anak-anak pelajar disini. KAGUMMM SEHH... bukan senang nak belajar 12 subjek pastu nak amik exam dalam bahasa arab pulak tu.. lagi pulak kita di sekolah swasta ni tentu saja kekurang banyak benda. Segala keperluan pun hanyalah bergantung sepenuhnya pada guru yang mengajar, tiada soalan ramalan, tiada soalan bocor, apa yang dicapai oleh mereka adalah hasil usaha mereka sendiri, tulen dan sejati. ha ha ha... anak-anak SRABZA memang berbakat, Cayalah.