Tuesday, December 10, 2013

Pencapaian yang membanggakan

Amalia, As Syifa' dan Nur Asyatunnajah
masing-masing mendapat keputusan 5A

SRABZA, 14.11.2013 : Ada yang ketawa, ada yang tersenyum dan ada yang menangis... pelbagai ekspresi muka dapat di lihat pada wajah mereka-mereka yang hadir di majlis serba ringkas untuk penyerahan slip keputusan UPSR 2013. Begitulah lumrah hidup, segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t namun, usahanya ditentukan oleh kita. SRABZA pada hari ini telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan 3 orang pelajar yang mencapai keputusan 5A dan beberapa orang yang lain mendapat 4A dan 3A. Alhamdulillah, berkat usaha gigih guru-guru dan juga para pelajar, semuanya terbalas dengan peratus lulus keseluruhan subjek ialah melebihi 80%. Berita online SRABZA turut bersama-sama berkongsi saat manis ini bersama-sama 24 orang pelajar dan ibu bapa yang hadir bersama-sama. Pasangan kembar Asyaima' dan Asyifa' turut memberikan keputusan terbaik buat kedua ibu bapa mereka. Guru Besar puan Nurzadiha turut meluahkan rasa syukur yang amat sangat kepada Allah di atas kurniaan ini dan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SRABZA yang telah membuktikan bahawa, walaupun sekolah ini tidak lengkap seperti mana sekolah-sekolah harian biasa dari segi fasilitinya, namun apa yang guru laksanakan didalam kelas jelasnya menampakkan kesan yang luar biasa kepada anak-anak pelajar. 
Puan Guru Besar bersama-sama par pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang 5A, 4A dan 3A
Pasangan kembar ditemani ibubapanya ketika majlis
penyerahan slip peperiksaan.