Tuesday, December 10, 2013

Pencapaian yang membanggakan

Amalia, As Syifa' dan Nur Asyatunnajah
masing-masing mendapat keputusan 5A

SRABZA, 14.11.2013 : Ada yang ketawa, ada yang tersenyum dan ada yang menangis... pelbagai ekspresi muka dapat di lihat pada wajah mereka-mereka yang hadir di majlis serba ringkas untuk penyerahan slip keputusan UPSR 2013. Begitulah lumrah hidup, segalanya ditentukan oleh Allah s.w.t namun, usahanya ditentukan oleh kita. SRABZA pada hari ini telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t dengan 3 orang pelajar yang mencapai keputusan 5A dan beberapa orang yang lain mendapat 4A dan 3A. Alhamdulillah, berkat usaha gigih guru-guru dan juga para pelajar, semuanya terbalas dengan peratus lulus keseluruhan subjek ialah melebihi 80%. Berita online SRABZA turut bersama-sama berkongsi saat manis ini bersama-sama 24 orang pelajar dan ibu bapa yang hadir bersama-sama. Pasangan kembar Asyaima' dan Asyifa' turut memberikan keputusan terbaik buat kedua ibu bapa mereka. Guru Besar puan Nurzadiha turut meluahkan rasa syukur yang amat sangat kepada Allah di atas kurniaan ini dan turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada guru-guru SRABZA yang telah membuktikan bahawa, walaupun sekolah ini tidak lengkap seperti mana sekolah-sekolah harian biasa dari segi fasilitinya, namun apa yang guru laksanakan didalam kelas jelasnya menampakkan kesan yang luar biasa kepada anak-anak pelajar. 
Puan Guru Besar bersama-sama par pelajar yang mendapat
keputusan cemerlang 5A, 4A dan 3A
Pasangan kembar ditemani ibubapanya ketika majlis
penyerahan slip peperiksaan.

Wednesday, November 13, 2013

Makan.. makan.. Jamuan Akhir Tahun 2013

13.11.2013, SRABZA : Banyaknya makanan.... he he he... inilah dunia persekolahan, teringatlah sir Aziz masa sekolah dulu-dulu. Akhir tahun memang waktu yang best untuk dinikmati. Kelas dah abis, datang pun untuk suka-suka dengan kawan-kawan dan yang paling best ialah jamuan akhir tahun di kelas. Kalau dulu, Sir Aziz paling suka bawak ialah kacang cap tangan. Haaa... memang berebut lah kacang ni.. cikgu-cikgu pun suka. Hari nie kalau pergi ke kelas-kelas kat SRABZA ni.. perghh.. makanannya hebat... ada lontong, Spagetti, Pizza, KFC, Cup cakes siap ada hadiah untuk tetamu lagi.. Sir Aziz pun dapat banyak hadiah, terima kasih banyak-banyak kepada yang jemput Sir dan cikgu-cikgu ke kelas mereka. Hasil usaha menabung duit kelas akhirnya dapat dinikmati bersama pada akhir tahun.. Bestlah..

Sunday, November 10, 2013

Kecemerlangan Sekarang suatu legasi Kecemerlangan Di masa akan datang

11.11.2013, SRABZA : Bukan mudah hendak mengekalkan kecemerlangan diri, ianya tentu sekali bergantung kepada tahap emosi kita. Kestabilan emosi ini merupakan titik tolak penting dalam meneruskan usaha kecemerlangan diri di masa akan datang. Jadilah manusia yang positif. Bagaimana hendak memupuk fikiran yang positif itu? Cemana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!



:: 3 CARA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG TIDAK KITA SUKAI ::

Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini.

Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.

Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.

2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.

Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa dengannya.

3. LET GO.

Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.



SRABZA menerima pujian dari Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri

09.11.2013 Mayang Sari, Dungun: Majlis gilang gemilang meraikan kejayaan para pelajar Sekolah-sekolah DAR seluruh negara telah pun selesai.


Sunday, November 3, 2013

Majlis Ihtifal 2013 SRABZA meriah



Ustazah Nurzadiha (Guru Besar)  menyampaikan ucaptama
 
YB haji Alias memberi respon terhadap sekolah
 
Persembahan Amalia berpidato
Persembahan pelajar lelaki bernasyid

Rasa bersyukur sangat kehadrat Ilahi kerana hari berlangsungnya majlis Ihtifal ini, cuacanya terang sekali dan kehadiran ibubapa begitu ramai. SRABZA melihat perubahan-perubahan yang berlaku diantara hubungan ibubapa dan sekolah semakin hari semakin akrab dan penuh dengan kebertangungjawaban. Siap bawak semua ahli keluarga dari yang kecil sampai yang tua memenuhi dewan Majlis Lama Sura dan sabar bersama sehingga pukul 12 tengahari. Acara gilang gemilang itu juga diserikan dengan kesudian dua orang ADUN iaitu YB Haji Alias Harun (ADUN Rantau Abang) dan YB Haji Wan Hapandi Wan Nik (ADUN Sura)  untuk beramah mesra bersama ibubapa dan juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Berselang seli acara dengan persembahan pelajar dan juga cabutan bertuah menyemarkkan lagi kemeriahan suasana ketika itu. Sebanyak 31 hadiah bertuah disediakan oleh pihak SRABZA untuk dimenangi oleh mereka yang hadir. Walaupun yang hadir tu semuanya ikhlas mahu meraikan majlis ini, walaupun hadiah yang diberi tak seberapa bahkan rata-rata dari yang hadir sangat berkemampuan untuk mendapat yang lebih baik dari itu, namun kerana semangat ukhuwah dan juga semangat untuk bersama-sama meraikan majlis ini, mereka yang menang naik ke pentas dengan bangga membawa pulang hadiah yang dimenangi. Senyuman yang lebar juga turut terlihat di sudut-sudut pentas apabila melihat flash kamera silih berganti memancar kearah anak-anak SRABZA yang mendapat hadiah kecemerlangan. Tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih banyak-banyak diatas segala usaha yang diberikan sehingga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.




Sunday, October 27, 2013

Ustaz Usamah tekad memberikan persembahan terbaik


 
Che Wan mengalas tangungjawab sebagai solo utama..
Suara Che Wan best oooOOoo....
Majlis ihtifal SRABZA yang bakal berlangsung pada minggu hadapan kini didalam kesibukan persiapannya. Unit persembahan yang diketuai oleh Ustaz Usamah kini giat berlatih untuk hari tersebut. Lebih menarik lagi pada tahun ini, apabila para pelajar lelaki tahun 6 dengan sukarela menawarkan diri untuk membuat persembahan ini. bila dah sukarela ni, hasilnya pun pasti luar biasa. Che wan dilihat sebagai ikon baru sekolah kerana begitu diminati suaranya yang merdu dan mendayu-dayu, feewiitt.... cayalah Che wan. Bukan hanya persembahan sahaja yang dititik beratkan tetapi keseluruhan proses perlaksaan juga sedang giat dilakukan. Bahagian hadiah pun kelihatan bersangatan juga banyak kerjanya. Segala rekod kehadiran, maklumat peperiksaan pelajar dan segala macam yang boleh di pertandingkan kini sedang dikumpulkan bagi memberikan penghargaan terbaik buat semua  yang layak. Jangan lupa ya kepada semua Ibu bapa anak-anak SRABZA untuk hadir kemajlis ihtifal 2013 ini dan jadilah sebagai sebahagian dari diri anak-anak pelajar yang sentiasa mahukan perhatian. 

Amir mencapai 12 A bagi kesemua subjek UPSRI 2013

Amir mengumpul 12A bagi kesemua subjek
Tahniah diucapkan kepada adik Amir yang telah mendapat keputusan terbaik Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam 2013 yang lalu. SRABZA turut merakamkan ucapan tahniah buat kesemua calon UPSRI yang lalu yang mana peratusan lulus kesemua subjek ialah hampir 100%.  Rasa syukur kehadrat illahi diatas kurniaan yang diberikan olehnya kepada sekolah dan juga para pelajarnya. Amir yang mendapat 12A ketika ditemui turut melebarkan senyuman gembira dengan pencapaian tersebut. "Saya mengucapakan syukur kehadrat Illahi diatas kurniaanNya pada saya, terima kasih juga buat guru-guru, ustaz dan ustazah yang telah membimbing saya untuk mencapai apa yang saya capai sekarang ini, tak lupa juga kepada ibu dan ayah saya yang bergitu bersungguh-sungguh menjaga saya didalam menuntut ilmu ini, terima kasih". Semalam, pihak sekolah turut membuat majlis penyerahan keputusan tersebut di surau utama sekolah. Hadir didalam majlis tersebut ialah, Ustazah Nurzadiha bt Ibrahim merangkap Guru Besar SRABZA yang turut mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan UPSRI tersebut. Guru besar turut merakamkan pesanan buat para pelajar tentang langkah tahun hadapan yang mana para pelajar ini akan menghadapi satu lagi peperiksaan yang penting di peringkat kebangsaan iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Pihak sekolah mengharapkan apa yang dianugerahkan ini akan ditambah lagi pada masa akan datang oleh Allah s.w.t


Saturday, October 26, 2013

Tuesday, October 22, 2013

Terima kasih banyak-banyak

Aidil adha baru-baru ini telah disambut dengan meriah oleh umat islam di Malaysia. Manusia semakin ramai, jadinya jumlah aktiviti Qurban pun meningkatlah juga. Surau atau masjid, masing-masing ada majlis Qurban ini, jadi banyaklah daging-daging yang sampai kerumah-rumah kejiranan kita ni yer.. Alhamdulillah, rezeki tu.. SRABZA juga mendapat daging-daging Qurban ni, jadi terima kasih banyak-banyak di ucapkan kepada yang menghantar daging-daging tersebut. Kesemua daging-daging tu akan dimasak secara berperingkat sebagai juadah tengahari para pelajar di SRABZA. Kepada yang tak sempat nak hantar tu.. jangan sedih, tahun depan inysaAllah kita pakat-pakat lagi beri hidangan untuk anak-anak pelajar sekolah agama ni.. berkat.. insyAllah


KSSR di tahun 4

Bulan Oktober ini telah membuatkan ramai guru di SRABZA keluar dari sekolah. Ini bukan cerita berhenti kerja.. tapi pergi berkursus ke sekolah-sekolah sekitar Dungun ni jer. Tahun depan KSSR sudah mencapai kepada tahun 4, banyak silibus baru yang diperkenalkan dan banyaklah juga yang perlu difahami oleh guru-guru subjek tersebut. SRABZA mengucapkan stinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Dungun kerana prihatin dengan keperluan SRABZA yang memerlukan tenaga terlatih untuk membawa silibus-silibus baru ini. Maka ramailah guru-guru yang ditugaskan menghadirkan diri ke kursus-kursus ini dan agak sunyilah sedikit SRABZA kerana kekurangan ahlinya. Bukan senang untuk mengajar KSSR ini, tekniknya perlu dikuasai barulah dapat memberikan penilaian terbaik didalam kelas. Walaupun SRABZA merupakan sekolah swasta, tetapi kehadiran kami ke kursus-kursus anjuran PPD ini disambut mesra oleh mereka dan menerima layanan yang sama di sepanjang kursus. Tahniah kepada guru-guru SRABZA yang telah berjaya menamatkan kursus, semoga ilmu yang anda dapati itu memberikan anda kelebihan didalam P&P anda.
Sir Aziz ketika bengkel Sains di SK Batu 48

Lakaran Sir aziz berkenaan dengan makmal baru di SRABZA

Sunday, October 6, 2013

Bersantai di anjung SRABZA



Jarang-jarang berlaku buat SRABZA apabila peperiksaan perlu diadakan di anjung SRABZA macam ni. Bagi memberi ruang kepada peperiksaan UPSRi yang sedang berlansung, para pelajar tahun enam SRABZA dengan rela hati untuk bersantai sambil menjawab soalan peperiksaan akhir tahun di anjung SRABZA ini. Walaupun peperiksaan besar UPSR telah berlalu, tetapi para pelajar tahun enam SRABZA masih perlu menduduki peperiksaan akhir tahun. Memang tak pernah dibuat oleh mana-mana sekolah kebangsaan di Malaysia, tetapi SRABZA mengambil pendekatan mengadakan peperiksaan ini bagi mengisi kekosongan waktu dan juga bagi persediaan hari ihtifal 2013 yang sangat hampir buat masa ini. SRABZA memerlukan angka untuk menempatkan kedudukan para pelajar berikutan keputusan UPSR yang akan keluar selepas majlis ihtifal tersebut. Bila dah lambat camtu kena laa pikirkan sesuatu untuk memastikan program ihtifal berjalan dengan baik dan tersusun. Dah nama duduk kat luar nie pemandangannya pun luas juga, banyaklah dugaan budak-budak ni nak kena sabar..


Wednesday, October 2, 2013

UPSR, UPSRi dan UPKK



Dengan 12 subjek yang di ajarkan sepanjang tahun, akhirnya kita dah sampai ke penghujung. Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah berlalu pada bulan lepas, sekarang dua lagi peperiksaan penting telah berlaku disini Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRi) dan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK).  Peperiksaan UPSRi dan UPKK berlangsung pada waktu yang sama dari pagi sampai petang yang melibatkan 12 subjek. Fuuhh... dahsyat giler. Selalu jugak saya beritahu pada ibubapa apa yang saya rasa tentang anak-anak pelajar disini. KAGUMMM SEHH... bukan senang nak belajar 12 subjek pastu nak amik exam dalam bahasa arab pulak tu.. lagi pulak kita di sekolah swasta ni tentu saja kekurang banyak benda. Segala keperluan pun hanyalah bergantung sepenuhnya pada guru yang mengajar, tiada soalan ramalan, tiada soalan bocor, apa yang dicapai oleh mereka adalah hasil usaha mereka sendiri, tulen dan sejati. ha ha ha... anak-anak SRABZA memang berbakat, Cayalah.


Monday, September 23, 2013

Peperiksaan akhir tahun 2013


Diam tak diam dah hampir ke penghujung tahun, sekarang ni boleh dikatakan masa amat cepat berlalu. Sejam dua tu boleh habis camtu saja sebab tonton drama kat TV. Kerana itu kita perlu menjaga masa yang ada agar dimanfaatkan sepenuhnya dan sebaiknya. Dah hujung-hujung persekolahan ni.. waaahh.. makin banyak pulak kerja cikgu kat SRABZA ni. Akan menyusul dalam masa yang terdekat ini ialah peperiksaan akhir tahun. Soalan kena buat sendiri, kena hantar sebelum akhir minggu ni untuk proses editing. Fuuhhh.. penat giler.. kalau dah sorang cikgu tiga empat subjek, pecah pala nak fikir.. Tapi inilah pengorbanan untuk sekolah, kita buat yang terbaik untuk SRABZA. Ini sekolah kita, kita nak hidupkannya dengan sebaik dan sebanding dengan sekolah-sekolah yang lain.

Sunday, September 22, 2013

Hari Malaysia, Hari Merdeka !!


Tanggal 31 Ogos ialah hari kemerdekaan negara kita yang tercinta ini, tanggal 16 september pula hari pengabungan Tanah Melayu bersama-sama Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara bersekutu di namakan Malaysia. Kedua-dua hari ini amat bermakna kepada rakyat Malaysia kerana... dua-dua hari nie cuti.. he he he. SRABZA juga menyambut kedua-dua hari bersejarah ini dengan penuh kesyukuran mengenangkan keadaan yang aman dan damai yang dinikmati selama ini dan juga tahap kehidupan masyarakat yang semakin baik dan semakin tinggi. Terkenang pula sir Aziz sewaktu bersama-sama menyambut kemerdekaan bersama-sama teman-teman seperjuangan dahulu.. Bila tengok gambar-gambar nie.. mengimbau kembali nostalgia lama.. huhuhu..

Tinggal Kenangan: Sir Aziz di samping kawan-kawan.


Tinggal Kenangan 2: Ketika Operasi Bersih di Banjaran Titiwangsa 1984


Saturday, September 21, 2013

Kenangan lama menyiarkan akhbar

Hari ni rasa macam rajin pulak nak publish balik buletin bulanan SRABZA yang dulu-dulu.. senang buat pakai slide show jer.. tapi makan masa ni.. slow-slow buat aaa.. (Sambungan)... Ok, semua fail-fail akhbar yang lama dah siap di upload ke laman web, sekarang nie saya gunakan kaedah flip books bagi paparan akhbar. mungkin akan loading lama untuk internet yang slow.. harap sabar yer.. 




Monday, September 16, 2013

Beraya sakan


Perghh.. walaupun musim peperiksaan dah tiba, tapi pihak SRABZA masih lagi mengalu-alukan kedatangan syawal dengan meriah. Sengaja dipercepatkan sambutannya bagi memastikan anak-anak pelajar tahun enam sempat untuk peperiksaan yang bakal menjelang. Program raya kali ini telah diketuai oleh Sir Aziz, pelbagai acara yang di fikirkan berbaloi untuk dinikmati sebagai hiburan bersama dihari raya ini telah dipersembahkan. Mestilah mau suka-suka juga, takkanlah nak buat lebih kurang jer.. oooOOoo.. time raya cina, semua bukan main lagi enjoy makan limau lah, makan kueh bakul lah.. time raya kita buat tak tau jer.. tak jadi dik... mesti meriah sambut aidilfitri biar semangat.. Yeaahh.. kat bawah nie sepatutnya dapat dilihat gambar-gambar sekitar sambutan.. dia pakai flash.. loading lama skit.. sabar....





Wednesday, September 11, 2013

Gambar kenang-kenangan.

Aduh.. gawat ni.. akibat dari kemusnahan PC yang disambar petir hari tu, semua bahan majalah dah punah. Gambar kelas pun hilang bersamanya. Sebagai ganti, Sir Aziz dah ambil balik gambar-gambar kelas ni pada hari selasa yang lalu. Rasa malas pulak nak edit, jadi kita siarkan saja yang original dari kamera Nikon D3100 tanpa edit. buleh download.. simpan buat kenang-kenangan.. free jer. enjoy..

TAHUN 1 AL KHINDI 2013
TAHUN 1 AL FARABI 2013

TAHUN 2 IBNU BATUTTAH 2013

TAHUN 2 IBNU SINA 2013 

TAHUN 3 AL BUKHARI 2013 

TAHUN 4 IBNU KHALDUN 2013


TAHUN 5 AL KHAWARIZMI 2013

TAHUN 6 IBNU ABBAS

TAHUN 6 AL TARMIZI