11.11.2013, SRABZA : Bukan mudah hendak mengekalkan kecemerlangan diri, ianya tentu sekali bergantung kepada tahap emosi kita. Kestabilan emosi ini merupakan titik tolak penting dalam meneruskan usaha kecemerlangan diri di masa akan datang. Jadilah manusia yang positif. Bagaimana hendak memupuk fikiran yang positif itu? Cemana nak
berfikiran positif?
Sebenarnya, ia senang di mulakan bila
Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...
1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik
dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.
2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang
Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda
lihat ada pada dirinya.
3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus,
cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun
sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif.
Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.
4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas
Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati
dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah
sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat
istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau
orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar
akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran
positif.
5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda
dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat
silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran
positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok,
Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!
6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus
latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang
akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda
(ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya
akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia
terjadi pada Anda, bukan mereka.
7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi,
Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab
tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi
OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka
menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda.
Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke
arah yang lebih baik. Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin
Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang
untuk Anda!
Mesti
Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan
sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia
satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini.
Bagaimana
untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap
hari bekerja? Ini caranya:
1. Pasang
niat untuk jadi serasi dengannya.
Niatkan yang
Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya
seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan
dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit
rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang
selepas itu.
2. Lupakan
masa lalu, maafkan dia, doakan dia.
Sebelum
berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan
untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda
menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati.
Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa
dengannya.
3. LET GO.
Lepaskan
segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil
keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti
kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang
apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.
No comments:
Post a Comment