Wednesday, November 13, 2013

Makan.. makan.. Jamuan Akhir Tahun 2013

13.11.2013, SRABZA : Banyaknya makanan.... he he he... inilah dunia persekolahan, teringatlah sir Aziz masa sekolah dulu-dulu. Akhir tahun memang waktu yang best untuk dinikmati. Kelas dah abis, datang pun untuk suka-suka dengan kawan-kawan dan yang paling best ialah jamuan akhir tahun di kelas. Kalau dulu, Sir Aziz paling suka bawak ialah kacang cap tangan. Haaa... memang berebut lah kacang ni.. cikgu-cikgu pun suka. Hari nie kalau pergi ke kelas-kelas kat SRABZA ni.. perghh.. makanannya hebat... ada lontong, Spagetti, Pizza, KFC, Cup cakes siap ada hadiah untuk tetamu lagi.. Sir Aziz pun dapat banyak hadiah, terima kasih banyak-banyak kepada yang jemput Sir dan cikgu-cikgu ke kelas mereka. Hasil usaha menabung duit kelas akhirnya dapat dinikmati bersama pada akhir tahun.. Bestlah..

Sunday, November 10, 2013

Kecemerlangan Sekarang suatu legasi Kecemerlangan Di masa akan datang

11.11.2013, SRABZA : Bukan mudah hendak mengekalkan kecemerlangan diri, ianya tentu sekali bergantung kepada tahap emosi kita. Kestabilan emosi ini merupakan titik tolak penting dalam meneruskan usaha kecemerlangan diri di masa akan datang. Jadilah manusia yang positif. Bagaimana hendak memupuk fikiran yang positif itu? Cemana nak berfikiran positif?

Sebenarnya, ia senang di mulakan bila Anda sudah tahu asasnya. Pupuk pemikiran positif dengan...

1. Bersangka Baik Dengan Sesiapa Saja.
Niatkan dalam hari, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2. Tumpukan Pada Nilai-nilai Murni.
Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3. Elak Emosi Negatif.
Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran.

4. Istighfar Serajin Mungkin, Seikhlas Mungkin, Sebanyak Mungkin.
Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5. Play More, More and More. Have Fun!.
Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6. Jangan Ambil Kisah Cakapan Orang.
Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda Anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7. Elak Menyalahkan Orang, Situasi, Keadaan, Persekitaran, Benda.
Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang. Orang yang berfikiran positif tak suka menyalahkansesiapa, menyalahkan situasi, keadaan, persekitaran, mahupun benda. Dia mengkaji di mana silapnya, menganalisa lalu mengambil inisiatif berubaha ke arah yang lebih baik. Mungkin, hari ini Anda silap. Mungkin Anda GAGAL. Mungkin Anda dah nak give up. Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk Anda!



:: 3 CARA BERHADAPAN DENGAN INDIVIDU YANG TIDAK KITA SUKAI ::

Mesti Anda ada seseorang yang Anda kurang senang dengannya, kurang senang dengan sikapnya, dengan tutur katanya. Mungkin Anda sakit hati dengan perangai dia satu ketika dulu dan Anda susah nak maafkan hinggalah ke hari ini.

Bagaimana untuk berdepan dengan orang yang tak suka apatah lagi Anda jumpa dia setiap hari bekerja? Ini caranya:

1. Pasang niat untuk jadi serasi dengannya.

Niatkan yang Anda mahu berjalan seiringan dengannya, berbual-bual santai dengannya seolah-olah tiada apa-apa berlaku satu ketika dulu di antara Anda dengan dirinya. Pasang niat Anda mahu OK bila bersama-sama dengan dia, biar terbit rasa gembira apabila berbual-bual dengannya. Hati Anda akan terasa lapang selepas itu.

2. Lupakan masa lalu, maafkan dia, doakan dia.

Sebelum berjumpa dengan, sebelum terserempak dengannya di tempat kerja, ambil keputusan untuk melupakan saja kesalahan dirinya pada Anda. Lupakan supaya emosi Anda menjadi ringan tak terbeban oleh hambatan memori pahit yang menyakitkan hati. Doakan kemurahan rezekinya dan kebahagiaannya - sebelum dan sesudah berjumpa dengannya.

3. LET GO.

Lepaskan segala yang terbuku di hati, pilih untuk melupakan semuanya. LET GO. Ambil keputusan untuk menjalani hidup yang bebas dari emosi-emosi negatif seperti kemarahan, ego, dendam dan ketidaksefahaman. Hidup akan jadi lebih tenang apabila kita memilih untuk melupakan semua yang negatif.



SRABZA menerima pujian dari Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri

09.11.2013 Mayang Sari, Dungun: Majlis gilang gemilang meraikan kejayaan para pelajar Sekolah-sekolah DAR seluruh negara telah pun selesai.


Sunday, November 3, 2013

Majlis Ihtifal 2013 SRABZA meriah



Ustazah Nurzadiha (Guru Besar)  menyampaikan ucaptama
 
YB haji Alias memberi respon terhadap sekolah
 
Persembahan Amalia berpidato
Persembahan pelajar lelaki bernasyid

Rasa bersyukur sangat kehadrat Ilahi kerana hari berlangsungnya majlis Ihtifal ini, cuacanya terang sekali dan kehadiran ibubapa begitu ramai. SRABZA melihat perubahan-perubahan yang berlaku diantara hubungan ibubapa dan sekolah semakin hari semakin akrab dan penuh dengan kebertangungjawaban. Siap bawak semua ahli keluarga dari yang kecil sampai yang tua memenuhi dewan Majlis Lama Sura dan sabar bersama sehingga pukul 12 tengahari. Acara gilang gemilang itu juga diserikan dengan kesudian dua orang ADUN iaitu YB Haji Alias Harun (ADUN Rantau Abang) dan YB Haji Wan Hapandi Wan Nik (ADUN Sura)  untuk beramah mesra bersama ibubapa dan juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Berselang seli acara dengan persembahan pelajar dan juga cabutan bertuah menyemarkkan lagi kemeriahan suasana ketika itu. Sebanyak 31 hadiah bertuah disediakan oleh pihak SRABZA untuk dimenangi oleh mereka yang hadir. Walaupun yang hadir tu semuanya ikhlas mahu meraikan majlis ini, walaupun hadiah yang diberi tak seberapa bahkan rata-rata dari yang hadir sangat berkemampuan untuk mendapat yang lebih baik dari itu, namun kerana semangat ukhuwah dan juga semangat untuk bersama-sama meraikan majlis ini, mereka yang menang naik ke pentas dengan bangga membawa pulang hadiah yang dimenangi. Senyuman yang lebar juga turut terlihat di sudut-sudut pentas apabila melihat flash kamera silih berganti memancar kearah anak-anak SRABZA yang mendapat hadiah kecemerlangan. Tahniah kepada semua yang berjaya dan terima kasih banyak-banyak diatas segala usaha yang diberikan sehingga program ini berjalan dengan lancar dan berjaya.